DALAM situasi ekonomi mencabar ketika ini, kita semua perlu bijak dalam menguruskan kewangan bagi memastikan kita sentiasa bersedia menghadap sebarang kemungkinan terhadap kewangan kita serta mampu untuk menguruskan risiko dengan baik jika berlaku apa-apa krisis.

Jadi, apa yang kita perlu lakukan? Strategi terbaik yang boleh dicadangkan adalah dengan membuat pelaburan yang berpotensi untuk memperoleh pulangan mampan.

Kepentingan pelaburan dalam kehidupan sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Namun, buat pelabur yang pertama kali ingin memulakan pelaburan, situasi ini mungkin kelihatan sedikit rumit.

Pernahkah persoalan berikut berlegar dalam fikiran anda?

  • Apakah jenis pelaburan yang sesuai untuk saya?
  • Berapakah jumlah minimum yang diperlukan untuk saya mula melabur?
  • Bagaimanakah sekiranya saya melabur dalam pelaburan yang tidak sesuai dan pelaburan mengalami kerugian?

Jika perkara tersebut sering menjadi persoalan anda, jangan bimbang. Perkara ini adalah persoalan yang lazim dan kami memahami perasaan anda!

Pertimbangkan jenis-jenis pelaburan

Saham bursa, sukuk, dana unit amanah, mata wang kripto dan hartanah adalah senarai pelaburan yang boleh dipilih oleh anda tetapi kesesuaian pelaburan kemungkinannya tidak sepadan dengan toleransi risiko pelabur.

Kebimbangan untuk memulakan langkah pertama mungkin akan dirasai buat pelabur yang ingin memulakan pelaburan buat pertama kali.

Jika situasi ini rumit buat anda, kami sarankan anda untuk bermula dengan dana unit amanah (unit trust fund) terlebih dahulu.

Dana unit amanah merupakan suatu pelaburan kolektif, yang mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana professional dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Adakah ia sesuai dengan anda? Jawapannya adalah ‘Ya’, sekiranya anda mempunyai salah satu daripada senario berikut:

1. Anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk melabur.

2. Anda tidak mempunyai masa atau kecenderungan untuk menguruskan portfolio pelaburan secara langsung atau pelaburan saham.

3. Anda mahu melabur dengan mudah dalam pelbagai jenis pelaburan yang biasanya tidak mudah diakses.

Mengapa anda perlu pertimbangkan pelaburan anda dalam dana unit amanah? Ini kerana ia adalah pelaburan yang mampu milik dan tidak memerlukan jumlah modal pelaburan yang besar.

Terdapat banyak jenis pelaburan dalam dana unit amanah yang memerlukan jumlah modal pelaburan permulaan dalam lingkungan RM100 hingga RM1,000 sahaja.

Selain itu, dana unit amanah adalah pelaburan yang mudah tunai, di mana anda boleh membeli dan menjual pelaburan dalam dana unit amanah dengan mudah dalam jangka masa yang pendek.

Apakah cara untuk membuat pelaburan?

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam dana unit amanah. Sebagai contoh, anda boleh membuat belian sekali gus, di mana anda melaburkan jumlah wang sekali gus dalam dana pilihan dan biarkan pelaburan anda berkembang melalui kesan pengkompaunan.

Ia membolehkan pelabur menikmati pulangan berdasarkan modal pelaburan yang dimasukkan ke dalam akaun.

Anda juga boleh mempertimbangkan cara simpanan secara tetap, di mana caruman secara berkala (contohnya, secara bulanan) dibuat kepada dana pilihan anda dan kesan pengkompaunan dibiar untuk berkuat kuasa.

Skim Pelaburan Ahli KWSP

Dalam situasi di mana anda tidak mampu untuk mengetepikan sejumlah wang tambahan bagi tujuan pelaburan, anda boleh mempertimbangkan untuk mempelbagaikan sebahagian daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 1 anda ke dalam dana unit amanah yang ditawarkan oleh institusi pengurusan dana yang telah diluluskan di bawah skim pelaburan ahli KWSP.

Tambahan lagi, dengan portal i-Invest yang dilancarkan oleh KWSP, ahli-ahli boleh menikmati manfaat kemudahan dan fleksibiliti di mana anda boleh membuat pilihan pelaburan serta pemantauan pelaburan secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!

Tahukah anda?

Kesemua dana yang diluluskan di bawah skim pelaburan ahli KWSP adalah dana berkualiti tinggi. Dana-dana ini dinilai setiap tahun berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh KWSP dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Dua kriteria kelayakan untuk penilaian dana termasuk prestasi yang konsisten serta prestasi relatifnya berbanding penanda aras dana.

Langkah mudah membuat pelaburan saham amanah.

Mulakan pelaburan dengan lima langkah mudah ini:

1. Log masuk i-Akaun KWSP

2. Tekan Pelaburan > Transaksi > Beli

3. Pilih Principal Asset Management Berhad

4. Pilih dana pilihan anda dan masukkan jumlah pelaburan yang diinginkan

5. Sahkan transaksi anda

Tak tahu dana/fund apa yang sesuai untuk anda? Hubungi kami di WhatsApp untuk kami beri nasihat secara percuma.

Recommended Posts

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *