SYARIKAT SWASTA ADA MEDICAL BENEFIT, TAK PERLU MEDICAL CARD SENDIRI KAN?

“YA BETUL. Tak perlu la ada medical card sebab syarikat tempat kita bekerja dah cover. Buat apa bayar lebih, jadi membazir. Kalau jatuh sakit, syarikat akan tanggung kos perubatan dan segala kos pembedahan yang diperlukan untuk saya sihat kembali.”

SAMPAI BILA SYARIKAT COVER MEDICAL? BERAPA LIMIT?

“Selagi saya bekerja syarikat pasti tanggung. Kalau syarikat sekarang cover limit rendah saya mungkin perlu cari kerja di syarikat lain yang ada coverage bagus. Bila dapat kerja di syarikat ni saya akan kerja betul-betul dan setia sampai saya pencen.”

KALAU DIBERHENTIKAN KERJA/SYARIKAT TUTUP/PENCEN?

“Kalau kena berhenti/tukar kerja, atau pencen nanti baru lah saya fikir balik dan ambil medical card ni untuk hari tua.“

APA PERBEZAAN DAFTAR TAKAFUL MASA MUDA, SIHAT DAN MASA TUA, DAH BERPENYAKIT?

“……. Mahal sikit kot.”

Tuan/puan, perlindungan takaful kesihatan(medical card) ni kalau kita yakin sentiasa sihat memang membazir. Bila dah tak sihat status dia bertukar jadi KEPERLUAN. TAPI bila dah berumur, dah ada darah tinggi, kencing manis atau apa-apa penyakit kritikal, tak guna apply medical card dah sebab SYARIKAT TAKAFUL TAKKAN APPROVED. Kalau approve pun(dah berusia dan masih sihat), caruman bulanan SANGAT SANGAT TINGGI.

Patients in a hospital ward

Nabi S.A.W ada berpesan supaya kita sentiasa beringat. Ingat apa?

Ingat lima perkara sebelum lima perkara, apa perkara-perkara tu?

SIHAT sebelum SAKIT

MUDA sebelum TUA

KAYA sebelum MISKIN

LAPANG sebelum SEMPIT

HIDUP sebelum MATI

Kenapa penting sangat perkara ‘5 sebelum 5’ ni?

Lima perkara penting yang merangkumi segenap kehidupan kita, tanpa mengira umur, darjat, kaum atau agama.

Bersediakah kita menghadapi 5 perkara di sebelah kanan? SAKIT, TUA, MISKIN, SEMPIT dan MATI?

Kalau kita dah SAKIT dan dah TUA, tiada syarikat takaful yang akan luluskan permohonan takaful kita. Segala perbelanjaan perubatan masa tu terpaksa guna duit simpanan sendiri, atau dana persaraan jika ada. Kalau tiada simpanan? beraturlah di hospital kerajaan, panjat pejabat baitulmal, pusat zakat mohon bantuan.

Kalau nak tau apa pelan takaful yang bersesuaian dengan keperluan perlindungan anda? Boleh klik sini atau WhatsApp kami.

Jadi, betul ke dah bila syarikat dah cover medical, tak perlu ada medical card dah?

Kalau sudi boleh komen/PM/Wasap pandangan tuan-tuan & puan-puan.

Recommended Posts

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *